Agensi Hartanah Berdaftar

Biar Kami Bantu Urus Hartanah Anda Segera

Qantara Realty membantu pemilik hartanah menguruskan penjualan, pembelian dan sewaan Rumah, Shoplot, Tanah serta Kilang secara terancang.

Setiap urusan dikendalikan oleh Ejen Hartanah Berdaftar, dengan penekanan kepada ketelusan dan kepentingan klien.

Qantara Realty — Jambatan (القنطرة) yang menghubungkan Penjual & Pembeli hartanah.

Kenali Kami?

Qantara Realty diasaskan oleh Izzuan Azrain, seorang Ejen Hartanah Berdaftar (E3170) dengan pengalaman lebih 12 tahun dalam industri hartanah, telah membantu ratusan pemilik menguruskan penjualan dan penyewaan pelbagai jenis hartanah kediaman, industri dan komersial.

Sebelum menceburi bidang hartanah, beliau berpengalaman lebih 5 tahun dalam industri perbankan, khusus dalam pembiayaan pinjaman dan pelaburan.

Di bawah pimpinan beliau, Qantara Realty disokong oleh pasukan Ejen Hartanah Berdaftar (REN) bertauliah yang berpengalaman dan komited untuk membantu setiap klien mencapai matlamat mereka. 

Experience

12+ tahun pengalaman jual beli hartanah

Track Record

Lebih +300 transaksi telah berjaya dilaksanakan.

Achievement & Awards

Best Financial Consultant Nationwide 2013 CIMB Bank

REN Of The Year 2017 Aceakl Estate Agency

PERKHIDMATAN KAMI

Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda dengan Segera?

Semak Harga

Kami akan dapatkan harga pasaran daripada penilai hartanah bagi menentukan jumlah pembiayaan pembeli diluluskan.

Khidmat Nasihat

Konsultasi atau khidmat nasihat bagi urusan jual-beli atau sewa. Konsultasi dari persediaan awal hingga penjualan atau sewa selesai.

Pengiklanan

Integrated marketing samada offline dan online. Kami cuba pastikan setiap iklan hartanah anda dilihat seramai mungkin.

Proses Jualan

Ini akan membantu melicinkan urusan pemohonan pembiayaan, tukar nama dan sebagainya.

KENAPA PERLU PILIH KAMI?

Kami Bantu Jual Hartanah Anda dengan Pantas Mudah & Selamat!

Kami menawarkan strategi pemasaran berkesan, dan rangkaian luas untuk memastikan rumah anda mendapat pendedahan maksimum.

Dengan khidmat pelanggan yang cemerlang dan proses jual beli serta telus, kami memberikan komitmen untuk membantu anda jual rumah tanpa kerisauan.

APA YANG KAMI AKAN BUAT?

Kami bantu anda Permudahkan Urusan & Jimatkan Masa

Menjual hartanah memerlukan strategi yang betul supaya ia dapat dijual pada harga terbaik dalam tempoh yang wajar. 

TESTIMONIAL

Apa Kata Klien Kami

SOALAN LAZIM (FAQ)

Soalan Lazim Klien Tanya

Jika anda mempunyai soalan lain, jangan ragu untuk bertanya. Terus WhatsApp atau gunakan borang di bawah.

Adakah Qantara Realty merupakan ejensi hartanah berdaftar?

Ya, Qantara Realty merupakan ejensi hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Hartanah Malaysia (LPPEH) dengan nombor pendaftaran E(3)2148 dan diuruskan oleh Izzuan Azrain, E3170 merupakan prinsipal dan pengurus Qantara Realty.

Adakah saya perlu menggunakan khidmat ejen hartanah?

Menggunakan ejen hartanah boleh membantu mempercepatkan proses penjualan dan memberikan nasihat profesional. Kami akan laburkan modal kami untuk memasarkan rumah anda.

Berapa lama masa yang diambil untuk menjual rumah?

Masa yang diambil untuk menjual rumah boleh berbeza-beza bergantung kepada keadaan pasaran hartanah, lokasi rumah, dan harga jual yang ditetapkan.

Berapa yuran yang akan dikenakan atas perkhidmatan yang diberikan?

Komisen/ Yuran Agensi yang diperaktikkan di Malaysia adalah 3% daripada harga jualan rumah + 8% SST. TETAPI, yuran ini hanya dibayar setelah semua transaksi jual beli terlaksana. No upfront cost!

Bagaimana saya menentukan harga jual yang sesuai untuk rumah saya?

Penentuan harga jual yang sesuai melibatkan penilaian pasaran hartanah semasa, harga jual rumah yang serupa di kawasan yang sama, dan keadaan fizikal rumah anda.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk menjual rumah?

Dokumen penting termasuk geran hak milik, perjanjian jual beli, resit pembayaran cukai tanah dan cukai pintu, serta dokumen penilaian harga rumah.