Cara Jual Rumah Dengan Cepat di Shah Alam – Panduan Sebenar Daripada Ejen Berdaftar (2025)

Ramai Nak Jual, Tapi Salah Langkah

Setiap minggu ada je pemilik rumah mesej saya,

“Tuan, rumah saya dah iklan 3 bulan, tapi takde orang datang tengok pun.”

Masalah ni memang biasa terjadi terutamanya bila pemilik hartanah cuba jual sendiri dan tanpa strategi yang betul.
Dalam pasaran sekarang, bukan jaminan iklan paling banyak yang menang, tapi siapa pandai letak harga & position rumah tu dengan betul.

Langkah Pertama: Kena Tahu Dulu Nilai Pasaran Rumah

Jangan ikut harga jiran sebelah, kawan atau group WhatsApp. Kadang jiran kau tu pun tak tahu rumah yang dia beli dah overpriced 10%.

Kalau nak jual cepat, kau kena tahu harga sebenar yang pembeli sanggup bayar.

Sebagai ejen berdaftar, saya biasanya akan buat market analysis dulu. Saya akan bandingkan dengan transaksi sebenar sekitar Shah Alam (Contoh macam di Bukit Jelutong dan Denai Alam, ).

Kalau harga sesuai dengan data pasaran, pembeli sendiri akan tertarik.

Tip: Kau boleh minta ejen buat semakan percuma dulu, sekurang-­‐kurangnya kau tahu di mana “sweet spot” harga rumah tu.

Bab Dokumen Ni Bahagian Yang Ramai Terlepas Pandang

Bila pembeli dah minat, tapi dokumen pulak tak lengkap, urusan boleh tersangkut lama malahan berbulan.

Ini antara dokumen penting yang pemilik hartnah kena sediakan:
• Salinan geran hak milik
• Bil utiliti dan cukai pintu terkini
• Salinan IC pemilik
• Salinan perjanjian pinjaman (kalau rumah masih under bank loan)

Kalau ada nama pasangan dalam geran, pastikan dua-­‐dua pemilik bersedia untuk tandatangan. Jangan sorang nak tandatangan, sorang tak nak pulak.

Gambar & Iklan -­ Rumah Nampak Hidup dan Menarik

Benda ni ramai pandang ringan. Gambar gelap, caption hambar, tajuk iklan pun macam tak semangat.

Padahal pembeli buat keputusan pertama dalam 5 saat pertama tengok iklan. Gunakan gambar yang cerah, ambil waktu pagi atau petang.

Tajuk pula biar nampak “menjual”, bukan sekadar “menyebut”.

Contoh:

“2 Storey Renovated Bukit Jelutong , Berhampiran Masjid”

Dan paling penting mesti bagi pembeli rasa mudah nak tengok rumah. Tulis terus dalam caption: “Boleh viewing anytime, kunci rumah ada dengan saya. WhatsApp terus.”

Ejen Hartanah Bukan Sekadar Tukang Iklan

Ramai fikir upah ejen ni mahal, tapi realitinya ejen berdaftar urus semua dari mula sampai habis.

Kami bukan sekadar pasang iklan, tapi juga:
• Semak nilai pasaran & dokumen
• Atur viewing & filter pembeli betul-­‐betul serius
• Runding dengan bank & peguam
• Pastikan transaksi ikut undang-­‐undang (Akta 242)
• Serah kunci pada pemilik baru

Dengan pengalaman urus jual beli ratusan unit sekitar Shah Alam, saya boleh cakap ejen yang berpengalaman bukan kos tambahan, tapi pelaburan untuk jimat masa dan elak melakukan kesilapan.

Kesimpulan ‐ Strategi Kena Betul

Jual rumah bukan soal nasib. Ia soal strategi, harga, dan cara marketing.

Kalau semua tu selari, rumah memang boleh terjual cepat.

Dan bila lantik ejen berdaftar, bukan setakat cepat, tapi urusan lebih mudah dan pantas.

Kalau kau nak saya semak nilai rumah kau secara percuma, boleh je WhatsApp saya terus:

Qantara Realty, Shah Alam

Share the Post:

Related Posts